Khasiat Bee Pollen Forever

on
28 Jun 2020
10 Rahsia kelebihan khasiat Bee pollen yang baik pada tubuh

1. Membekal dan Meningkatkan Tenaga - Pelbagai nutrien yang terdapat dalam debunga lebah menjadikannya penggalak tenaga secara semulajadi. Kandungan Karbohidrat, protein dan vitamin B yang terdapat dalam Bee Pollen membantu kekal bertenaga sepanjang hari dengan meningkatkan stamina dan mengurangkan keletihan.

2. Masalah Kerengsaan Kulit - Bee Pollen sering digunakan dalam produk topikal yang bertujuan untuk merawat keradangan dan kegatalan pada kulit seperti psoriasis atau ekzema. Asid amino dan vitamin melindungi kulit dan membantu pertumbuhan semula sel-sel.

3. Sistem Pernafasan - Bee Pollen mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi yang membantu mengurangkan masalah atau kesan anti-radang pada tisu paru-paru dan menghalang serangan asma.

4. Merawat Alahan/Alergik - Debunga membantu mengurangkan alahan. Dr Leo Conway dari Denver Colorado, melaporkan bahawa 94% daripada pesakit yang mengamalkan Bee Pollen telah bebas dari gejala-gejala alahan setelah dirawat dengan memberi pesakit tersebut makan oral debunga. Semua masalah kesihatan yang berpunca
dari alahan asma hingga ke masalah sinus telah dapat dipulihkan.Ini membuktikan bahawa debunga lebah adalah SANGAT berkesan terhadap pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan pernafasan.

5. Sistem pencernaan - Selain vitamin yang sihat, mineral dan protein, debunga lebah juga mengandungi enzim yang boleh membantu dalam masalah penghadaman dan pencernaan. Kandungan enzim yang terdapat dalam Bee Pollen ini membantu badan kita untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan dari makanan yang kita makan.

6. Sistem Imun Booster - Debunga adalah baik untuk flora usus dan menyokong sistem imun badan. Debunga lebah mempunyai sifat antibiotik semulajadi yang boleh membantu melindungi badan kita daripada dijangkiti virus. Ia juga kaya dengan antioksidan yang bertindak melindungi sel-sel badan kita serangan radikal bebas.

7. Merawat Ketagihan/keinginan - Digunakan secara holistik untuk penyembuhan ketagihan dan menghalang keinginan dari terus ketagih. Disebabkan sifat debunga yang mampu menghalang sesuatu keinginan, ia membantu dalam pengurusan penurunan berat badan.

8. Menyokong Sistem Kardiovaskular - Debunga lebah mengandungi bioflavonoid antioksidan yang membantu menguatkan sistem kapilari, saluran darah dan membantu melancarkan peredaran darah serta mengawal tahap kolesterol. Ia juga boleh membantu mencegah serangan jantung dan strok.

9. Membantu Masalah Prostat - Berita baik bagi lelaki yang mengalami hiperplasia prostat benigna kerana boleh menarik nafas lega. Dengan menggunakan debunga lebah ia boleh membantu mengurangkan masalah keradangan pada prostat dan membantu masalah kerap buang air kecil.

10. Masalah Ketidaksuburan - Debungan Lebah bertindak merangsang dan mengembalikan fungsi ovari dan membantu dalam mempercepatkan proses kehamilan. Ia juga bertindak sebagai penggalak hormon.

Gambar Produk Bee Pollen 






#InfoBeePollen


Pengasas Forever Living

on
27 Jun 2020
Image may contain: 1 person, text

🏆Pengasas Forever Living ialah Dr. Rex Maughan dimana sebelum lahirnya Forever beliau sememangnya salah MULTI BILLIONAIRE di Amerika Syarikat. 😱
🏆Forever lahir pada 13 Mei 1978, berpangkalan di daerah kecil Scottdale, Arizona US.
🏆Beliau invest lebih kurang USD20,000,000 utk membuka Forever Living dan Forever satu-satunya syarikat direct selling yang 100% memiliki ladang sendiri, kilang sendiri dan bangunan sendiri di 169 buah negara.
🏆Forever BUKAN syarikat SUPPLIER kpd syarikat lain seperti 99% syarikat diluar. Forever MONOPOLI aloe vera dunia sebesar 92.5% malah Forever satu-satunya pengeluar dan pemproses produk madu TERBESAR di dunia.
🏆Oleh sebab itu Forever satu-satunya syarikat direct selling yang memberikan DISKAUN tertinggi kepada PENGGUNA iaitu 15% sehingga 48%. MENGAPA???
🏆Ini kerana Forever memiliki 100% ladang sendiri, kilang sendiri dan bangunan sendiri di 169 buah negara. Forever satu-satunya syarikat direct selling yang TIDAK berhutang dengan mana2 syarikat.
🏆 Forever hanya ambik 30% sahaja keuntungan sales manakala 70% keuntungan diberikan kepada KITA!!!
🏆Forever juga merupakan satu-satunya syarikat direct selling yang TIDAK menggunakan sistem POINT/PV/BV/UV, TIDAK menggunakan PAIRING.
🏆Bonus PENGEDAR BEBAS FLP dibayar hasil darab peratusan dengan HARGA JUAL produk dan bukan hasil darab POINT/PV/BV dan sebagainya.
Join bisnes Forever dan dapatkan free AVG?

kebaikan aloe vera gel Forever Living

Image may contain: text that says "Pati, Asli & Segar Membantu sistem pencernaan yang sihat. FOREVER ALOEVERA Kaya dengan saponins, agen pembersih semulajadi yang boleh membantu membersihkan saluran pencernaan FOREVER Kompleks Antrakuinon boleh membantu melegakan keradangan usus besar acemanan pula boleh membantu meningkatkan sistem imun badan. Sebagai prebiotik (makanan untuk bakteria baik) yang menggalakkan pertumbuhan probiotik (bakteria baik) dalam usus. VTOEAESY LOVENEX"


Jemput Baca
6 kebaikan AVG berdasarkan kajian sains:
1. Mencuci usus (penyerapan nutrisi akan lebih mudah dan lancar)
2. Memperbaiki sistem pencernaan supaya mudah ‘buang’
3. Menegangkan kulit (nampak lebih cantik)
4. Mengelakkan/mengurangkan naik jerawat
5. Mengurangkan paras gula dalam darah (badan lebih sihat)
6. Mengandungi antioksida dan antibakteria



"All views expressed on this post are my own & do not represent the opinions of any entity whatsover with which I have been, am now or will be affiliated".

Madu lebah asli yang lain dari madu lain



#sayakongsi

MADU LEBAH LAIN DARI YANG LAIN.
Sungguh tak tipu!!!

Syarikat Forever Living Products memiliki ladang penternakan Lebah dan pemprosesan Madu Lebah yang terbesar di dunia.

Pada awalnya pusat penternakan Lebah dan pemprosesan Madu Lebah yang terbesar di USA dimiliki oleh keluarga Charles Robson. Keluarga Charles Robson juga memiliki beberapa paten untuk produk Pollen, Propolis dan Madu.

Pada tahun 1982, Charles Robson telah menjual kesemua aset ladang penternakan Lebah, pusat pemprosesan Madu Lebah dan segala paten yang dimiliki oleh keluarganya kepada Forever Living Product Inc.

Ini menjadikan Syarikat Forever Living merupakan pengeluar Madu Lebah dan penternak Lebah yang terbesar di dunia dengan beberapa pemilikan paten kepada produk-produk yang berasaskan Madu Lebah.

Sebagai pemain utama ataupun big brother yang sudah mempunyai banyak pengalaman dan teknologi yang canggih dalam bisnes produk yang berasaskan Madu, sudah tentu produk Madu Lebah keluaran Forever Living mempunyai kualiti yang tinggi berbanding dengan produk Madu Lebah daripada syarikat yang lain.

#2. Kawasan penternakan Lebah yang bebas pencemaran dan banyak pilihan bunga.

Forever Living mempunyai ladang penternakan Lebah yang terbesar di dunia di Sonoran Desert, USA. Terdapat sekitar 17,000 ke 20,000 koloni Lebah di pusat penternakan ini.

Di sini Lebah diternak di kawasan tanah tinggi dan persekitarannya bebas daripada pencemaran kerana jauh dari bandar dan kawasan perindustrian. Kawasan yang tinggi tahap pencemaran udara akan mempengaruhi rasa Madu Lebah kerana apabila air hujan yang membasahi bunga bercampur dengan udara yang kotor akan menyebabkan rasa Madu Lebah menjadi masam-masam manis.

Di Sonoran Desert juga terdapat sekitar 3,000 ke 7,000 jenis tanaman bunga yang ditanam bagi membekalkan sumber manisan kepada Lebah yang diternak. Pokok-pokok bunga yang ditanam di sini bebas daripada penggunaan racun serangga bagi menjaga kualiti Madu yang bakal dihasilkan.

Dengan banyak nya sumber manisan yang tersedia di sini memberikan Lebah banyak pilihan nektar dan Madu Lebah yang bakal dihasilkan akan mempunyai kualiti rasa yang luar biasa.

#3. Reka bentuk botol Forever Bee Honey yang ada "class".

Khasiat Madu Lebah akan beransur-ansur hilang atau berkurangan apabila terlalu lama terdedah kepada cahaya matahari. Oleh itu reka bentuk botol Forever Bee Honey telah di reka khas supaya kalis cahaya (tinted) bagi membendung cahaya matahari daripada merosakkan khasiat Madu Forever Bee Honey.

Dengan reka bentuk sebegini, Madu Lebah yang terkandung di dalam botol Forever Bee Honey adalah terpelihara daripada sinaran cahaya matahari. Ini menjawab persoalan ramai orang yang bertanya kenapa Madu Forever Bee Honey tidak dibotolkan di dalam botol kaca.

Disamping itu penutup botol Forever Bee Honey juga direka agar mudah untuk Madu Lebah dikeluarkan dan dikawal pengeluaran isipadu nya ke dalam sudu. Ianya juga direka dengan sistem penguncian "locking system" agar Madu Lebah tidak mudah meleleh keluar setelah digunakan.

Rekaan Botol Madu yang Unik

#4. Forever Bee Honey mempunyai pengiktirafan Kosher dan Halal IFANCA.

Forever Bee Honey hanya mempunyai kepekatan kurang daripada 17% air menjadikan ianya sangat likat. 17% air itu datangnya daripada air liur Lebah bukan daripada campuran air minuman menjadikan ianya Madu Lebah dengan gred yang berkualiti tinggi.

Ini kerana Forever Bee Honey adalah 100% organik. Tiada campuran bendasing dan bahan kimia atau bahan terlarang. Dari semasa ke semasa Forever Bee Honey akan dianalisa dan dipantau kandungannya (ingredient) oleh badan bebas seperti Kosher dan Halal IFANCA untuk menjamin keaslian dan kualiti Madu.

#5. Forever Bee Honey tidak dijual melalui perantaraan orang tengah.

Oleh kerana Forever Living merupakan penternak Lebah, penanam bunga dan pengeluar produk Madu Lebah mereka sendiri, harga pasaran Forever Bee Honey tidak lah terlampau mahal berbanding dengan kualiti Madu Lebah nya. Syarikat Forever Living dapat mengurangkan harga kos operasinya kerana telah memotong kos perantaraan orang tengah. Oleh itu, Syarikat Forever Living dapat menjual Madu Lebah nya yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan.

Inilah 5 kelebihan yang membezakan Madu Forever Bee Honey dengan madu² lebah lain yang terdapat di luar sana. Saya percaya kalau anda dah rasa Forever Bee Honey, memang anda tak akan cari Madu Lebah yang lain. Sungguh tak tipu!!!



#Familymagika
#MyRizqGroup
#DiamondRizqGroup
#ForeverKezia
#ForeverlivingMiri
#MamiLL



"All views expressed on this post are my own & do not represent the opinions of any entity whatsover with which I have been, am now or will be affiliated".

FOREVER PENGELUAR ALOE VERA & MADU TERBESAR DI DUNIA




Selain daripada MONOPOLI dan PENGELUAR aloe vera TERBESAR di dunia, Forever juga merupakan pengeluar produk berasaskan MADU terbesar di dunia dengan kualiti madu KEDUA terbaik di dunia selepas madu safron.

Sarang lebah kami terletak dipersekitaran yang ideal, terletak dikawasan padang pasir yang tinggi di Arizona. Persekitarannya yang harmoni ini menghalang pencemaran seperti racun serangga dan bahan pencemar dari bandar yang penuh dengan pencemaran karbon dioksida dan lain-lain pencemaran.

Kami menggunakan kesenian semulajadi untuk mengumpul dan memelihara bahan-bahan dalam kualiti alam semula jadi.

Semua produk lebah kami adalah semulajadi dan berkhasiat serta kaya dengan khasiat yang semulajadi.

Kami merupakan pengeluar TERBESAR produk sarang lebah di Amerika dari Syarikat Robson Bee, produk yang pertama dibuka pada tahun 1958 di Phoenix, Arizona.

FLP telah dimiliki dan dikendalikan Robson Bee Produk sejak 1982. FLP garis luar biasa kualiti Produk Bee dihasilkan secara eksklusif di Robson Bee Products.

Setiap produk dari lebah kami seperti Bee Pollen, Bee Propolis dan Royal Jelly dirumus, dicampur dan dijadikan tablet kemudian disimpan disini sebelum dihantar ke pejabat FLP di Amerika Syarikat dan ke seluruh dunia.

Terdapat 7 jenis produk dalam Forever yang menggunakan bahan-bahan dari Sarang Lebah:

- Forever Bee Honey
- Forever Bee Pollen
- Forever Royal Jelly
- Forever Bee Propolis
- Aloe First
- Aloe Propolis Cream
- Gel Gigi Forever Bright

Bermula dari sarang lebah terus kepada anda tanpa proses pemanasan dan penapisan, ia sama seperti lebah telah menjadikan madu mereka beribu-ribu tahun dahulu tanpa pengubahsuaian.

PRODUK LEBAH ASLI DARI GURUN SONORAN ARIZONA YANG SAMA KUALITI DENGAN MADU YAMAN!

📲 PM/whatsapp +60178173762
📲 PM/whatsapp +60178173762
📲 PM/whatsapp +60178173762

atau terus direct wasap klik link 👇👇👇
http://www.wasap.my/60178173762

#beeproducts #foreverbeehoney #naturalhoney #beepollen #beepropolis #royaljelly #immunesystem #migraine

"All views expressed on this post are my own & do not represent the opinions of any entity whatsover with which I have been, am now or will be affiliated".

Cara jadi ahli Forever Living

on
26 Jun 2020

No photo description available.


Nak join FOREVER ada dua option.

🦅 Pakej RM90 dapat voucher RM90, totebag cantik, discount 15% tiap kali membeli. ID lifetime takde yuran tahunan.
🦅 pakej RM1547 dpt 25 produk Forever, dpt totebag cantik, diskaun 35% tiap belian, takde yuran tahunan, peluang bonus 20%-33%. ID valid 169 negara. ID Lifetime. berbulan tak beli, nak beli semula, masih valid.
Antara rangkaian produk Forever
Ada minuman aloevera utk detox, energy, dll
🦅 AVG / NECTAR / PEACHES
.
Nak madu tulen?
🦅 Ada Bee Honey
.
Nak multivitamin?
🦅 Ada bee pollen
.
Nak suplemen utk anak?
🦅 aloe peaches, madu, vitamin c
.
Nak standby antibotik semulajadi musim demam
🦅 bee propolis bee honey vit c avg
.
Nak bersihkan salur darah Nak jaga jantung? Nak kulit cantik nak slim nak minyak ikan?
🦅 Ada ARTIC SEA (gabungan fishoil+oliveoil)
.
Nak kulit cantik? Nak awet muda?
🦅 Vit C, Pomesteen power, field of green
.
Nak suplemen tinggi antioksida?
🦅 pomesteen power,
.
Nak slim? Nak inchloss?
🦅 SET CLEAN 9 , AVG, Forever lite protin, fiber
.
Ada masalah kulit?
🦅 Aloevera gelly, propolis cream, aloe first
.
Cari lotion panas?lenguh?sendi?
🦅 Ada heat lotion, ada msm gel
.
Nak buildup muscle ? Nak alas perut?
🦅 Ada Forever lite protin
.
Sakit lutut? Slipdisc?
🦅 avg, freedom
.
Nak kulit bersih, cantik luaran?
🦅 set Sonya, set Infinite, set Aloe, aloe moisturizing lotion, aloe scrub
.
Nak mandian?
🦅 avocado soap, handsoap as shower creme
.
Nak shampoo?
🦅 Ada set Aloe- Jojoba shampoo
.
Nak jaga tiak ?gigi? Bibir?
🦅 Ada aloe shield stick deodorant
🦅 Ada bright tooth gel ada aloe lips
.
Nak cuci umah detox umah?
🦅 multipurpose detergent MPD aloevera based
.
Eh macam macammmm.. white coffee pun ada!
.
Takde moq (minimum belian). Beli seketui ja pun tetap dapat diskaun untung runcit 15%-48%
Produk premium MAMPUMILIK utk rakyat marhaen
.
Join utk guna sendiri... takmo jual, takpe
Tp join utk side income sama guna sama share ..punnnnn bulih.
Biz plan simple patuh syariah, takde wajib belian personal untuk claim bonus.
Rangkaian produk pulak memang keperluan
Org takmo beli pun, kita sendiri mmg nak guna
Lagi2 join #flpteammommycery.. lagilah triple bonus happy tu... lai laiiii laiiii
U’ll never know until u try 🤭🤭🤭
#forever #41thn169negara #produkkeperluanpatuhsyariah sistempointsistempairingorgtengah

How to order

on
24 September 2018
Hai terima kasih kerana berminat
Untuk order klik di sini 📲 www.wasap.my/60178173762/Nakorder atau kalau tiada whatsapp boleh SMS ke 0178173762 details seperti berikut:


  • Nama
  • Alamat
  • Nama Produk dan bilangannya
Saya akan reply dengan memberi no akaun beserta bayaran yang perlu dibuat.

Setelah membuat pembayaran, sila whatsapp/mms pic slip bank atau bukti transaksi onlie. Untuk Transaksi online, sila masukkan email : ibelieve1902@gmail.com di bahagian notification. Kami tidak menerima reference numbur.

Penghantaran adalah melalui ABX ataupun City Link. Pengeposan dilakukan ke seluruh semenanjung malaysisa, sabah, sarawak dan luar negara. COD (Cash On Delivery) hanya di sekitar kawasan MIRI sahaja.

Ataupun sekiranya ingin membuat pembelian sendiri melalui online boleh klik "tekan disini" pada gambar Esell di bawah


Terima kasih!

Kezia wan
Forever Business Owner

Tentang Saya



Shalom dan salam Sejahtera,

Hye, especially yang baru start baca blog ni. Boleh berkenalan dengan saya dulu sebelum baca blog ni. Hihi. Boleh panggil saya Kez. I'm a blogger since 2015. Hampir 4 tahun. Asalnya blog ini untuk mengabdikan kenangan sepanjang hidup gitu. Hihi. Since dah terjebak dengan Forever Living. So saya guna pakai je blog ni untuk sharing apa yang baik untuk saya dan anda.

Saya berumur tett . Hahah. Kira lah sendiri. Saya lahir tahun 1990. Status sudah bersuami dan anak 2 orang, dua dua lelaki. Kehidupan seharian saya dikeliling lelaki je. Haha. Sekarang saya WAHM. Resign dari Engineering dratfer cum Admin since 08/05/2018. Bahagianya hati selepas melepaskan beban. Sekarang boleh fokus dengan keluarga dan Forever Living.

Last but not least, enjoy your reading! saya harap blog saya banyak bagi tips dekat pembaca.




Salam Perkenalan
kezia wan
Mak anak dua yang senantiasa muda

Pengalaman saya rahim koyak

on
19 September 2018
Coretan kali ini mengenai kenangan bersalin Hades Lael secara normal 10 bulan yang lepas dengan komplikas rahim koyak. Hanya sekadar menulis di blog  untuk menyimpan kenangan yang nyaris meragut nyawa saya. Ianya juga sebagai peringatan buat diri sendiri bahawa akan tiba saatnya juga nanti saya akan kembali juga ke rumah Bapa.

Mulanya ingin menulis sewaktu habis berpantang, Maklumlah bila ada anak kecil semua kerja jadi terbengkalai bila mereka inginkan perhatian. 10 bulan sudah memendam niat ingin menulis.

Bahagian 1: Detik nyawa 50-50

"Puan, perut puan penuh dengan darah dan perlu di bedah  sekarang juga untuk membuang darah" kata doktor pakar OG usai scan perut.

Ya Tuhan, Belum sampai sejam keluar dari bilik pembedahan, kena masuk lagi.

Riuh ward ibu dan anak sewaktu itu untuk menguruskan saya ke bilik pembedahan.

Saya sudah tidak hiraukan darah dalam perut sebab kesakitan saraf bahu saya lagi sakit waktu itu.

"Misi tolong, bahu saya sakit sangat"

"Puan, tolong bagi kerjasama, nyawa puan lagi penting"

"Sabar ya dik, kami akan tolong tapi sekarang darah dalam perut adik kena dibuang terlebih dahulu" Kata Doktor

Kesakitan yang tidak tertanggung, keseorangan tanpa keluarga membuat saya lagi sedih (waktu itu keluarga sedang bersiap ke hospital tanpa menyedari apa yang terjadi) mujur Tuhan ada dan senantiasa ada untuk saya.

Sampai di bilik pembedahan, staff dibilik pembedahan tersenyum memberikan semangat dan saya sempat berjenaka menyenagkan hati sebab saya amat takut dengan suasana dibilik pembedahan.

"kita jumpa lagi," kata saya dengan linangan air mata sambil teresnyum

"Sabar",sambil menepuk tangan memberi kekuatan

Semuanya gelap selama 3jam, bangun nampak seorang staff setia berdiri ditepi memberi senyuman dan memberi penerangan tentang pembedahan yang telah selesai.

"Puan tahu rahim puan koyak dan darah penuh dalam perut puan dan kami telah buang darah sebanyak 2L dan telah menjahit semula rahim puan."

"Bersyukur sebab puan diberi kesempatan bernyawa sebab situasi tadi 50-50"

Tak larat nak mengeluh waktu ini sebab tekak terlalu kering merindukan air. Diri dibawah ke Bilik bersalin semula dan ditempatkan di bilik khas supaya senang monitor 24 jam oleh doktor dan jururawat. 2 hari badan bergantung dengan oksigen, kencing dari tiub, peket untuk drip keluar darah masih bergantung.


Bahagian 2: Cerita berpantang

6 hari di ward, doktor benarkan saya dan lael pulang, gembira sangat saat berpantang di rumah. Sepanjang berpantang, saya mengambil set bersalin Shaklee dan Vivix.

Keluar dari bilik pembedahan, saya terus minum vivix walaupan waktu itu hanya mampu membuka mulut sahaja. Suami tolong suapkan. Hari kedua saya sudah mempunyai kekuatan untuk berdiri walaupun peket untuk air kencing dan darah masih bergantungan yang menyukarkan pergerakan tetapi pertolongan dari jururawat amat saya hargai.

2.1 Keluar masuk ward selama sebulan

Berpantang anak ke dua memang mencabar emosi sangat. Disebabkan emosi tergangu, saya dimasukan semula ke ward sebab kencing kotor. Untuk pengetahuan semua, sangat penting waktu berpantang emosi harus stabil supaya mengelakan benda yang tidak diingin terjadi.

Sepanjang 4 hari di ward, saya dibenarkan pulang. Doktor mengambil sampel air kencing dan tidak mendapati sebarang masalah terhadap buah pinggang saya cuma terdapat sedikit kuman dari najis di saluran air kencing.

Selepas seminggu dikeluarkan, saya diarah masuk semula di ward kerana luka saya ada infection dan saya harus ambil antibiotik di hospital. Saya terpaksa membawa lael bersama bermalam di ward sepanjang seminggu sebab Lael menyusu badan.

Waktu ini saya menangis lagi, Apa lagi Tuhan. Saya mengeluh.

Saat dimasukan kali ke 2, Luka saya dibuka semula tanpa bius, saya hanya mampu menutup mata menahan kesakitan. Bergetar badan dan mengalir air mata tatkala melihat isi kulit di perut. Sepanjang seminggu luka saya terbuka dan harus di cuci setiap hari sebanyak 2 kali. Waktu ini saya tidak pernah tinggalkan Vivix dan set bersalin shaklee yang lain.

Masuk hari ke-6 on antibiotik, keesokan harinya saya diusung lagi ke bilik pembedahan untuk menjahit semula luka saya. Semoga ini adalah yang terakhir saya masuk bilik pembedahan.

2 hari selepas pembedahan saya dibenarkan pulang dan bersambung pantang di rumah bersama Lael. Kesian Lael terpaksa ikut saya keluar masuk ward sebab menyusu badan.

Saya bagi 5 bintang untuk General Hospital Miri (Labour Room & Ward Ibu & Anak) atas layanan dan sokongan moral mereka untuk saya !

Doktor dan jururawat. Terima kasih! Tiada kata-kata yang dapat saya ucapakan melainkan rasa bersyukur yang tidak terhingga atas perkhidmatan kalian.

Sewaktu dalam pantang saya tidak berpantang sepenuh seperti para ibu lain kerana setiap hari saya harus pergi ke GH Miri untuk dressing luka. Luka sepanjang 6cm secara menegak.


Boleh rujuk gambar dibawah.



Image result for jenis luka pembedahan
Gambar 1: Jenis-jenis luka

Gambar-Gambar


Gambar 3: Warded kali ke-3 untuk on antibiotik selama seminggu 

Gambar 4 : Hades Lael, Melahirkan mu secara normal tetapi dengan komplikasi
yang nyaris meragut nyawa mommy.


Peringatan dari saya:
DILARANG sebarang copy past. Ini adalah cerita peribadi dari kezia wan. Saya berhak untuk report mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab copy cerita ini


Penghargaan untuk pembaca

Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya. Tujuan coretan ini adalah untuk kenangan dimasa hadapan supaya saya senantiasa ingat bahawa saya diberi peluang lagi bernafas dan bersama dengan ahli keluarga saya. Segala pujian hanya untuk kemulian Tuhan.

Kezia wan
Pejuang rahim koyak
03 November 2017

Kedai online Forever Business Owner Di Miri - 0178173762

on
2 Oktober 2017
Shalom & Selamat Pagi semua sahabat-sahabat positive 😊
.
Kedai online #Foreverbykezia bukak mcm biasa. Saya jual
🎈Madu asli gred AA
🎈Pati Aloevera
🎈Pati AloeBerry
🎈Pati AloePeach
🎈Pati Delima
🎈Softgel Minyak Ikan + Minyak Zaitun
🎈Kapsul kunyah Vitamin C+Oat+Madu
🎈Produk Lebah (Bee Pollen, Bee Propolis, Royal Gelly)
🎈Ubat gigi aloemadu
🎈Deoderant aloevera bebas alumumium
🎈Aloevera Gel untuk luka
🎈Propolis Creme untuk masalah kulit
🎈Sabun Aloevera pencuci serbaguna selamat utk satu rumah
🎈Syampu & Conditioner Aloevera


Semuanya organic 
 


Order di sini ya Wa.me/60178173762

Forever Living Products, LA. JAPAN - Home | Facebook


***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Bedak talkum membahayakan kesihatan bayi

on
16 Ogos 2017
Shalom dan Selamat sejahtera

Pagi ini terdetik nak berkongsi mengenai "Bedak membahayakan kesihatan bayi"

Ketika menukar lampin bayi anda, mungkin secara automatik anda menggunakan bedak bayi, Atau sehabis memandikan si buah hati, anda tidak lupa untuk memberi bedak bayi pada sekujur tubuh bayi anda. Bedak bayi memang baunya harum dan boleh membuat kulit si kecil jadi terasa lebih halus. 

Itulah mengapa kebiasaan memberikan bedak pada bayi atau anak kecil sudah menjadi tradisi yang diwariskan secara turun temurun. Namun, akhir-akhir ini muncul kebimbangan mengenai bahaya bedak bayi. Risiko yang mungkin ditimbulkan pun cukup serius, mulai dari masalah pernafasan sampai kanser. Untuk mengelakkan pelbagai risiko tersebut, baca terus penjelasan lengkapnya di bawah ini.

Adakah bayi sebenarnya memerlukan bedak bayi?

Umumnya bedak bayi banyak digunakan oleh ibu bapa untuk menjaga  kawasan punggung bayi tetap kering dan harum. Hal ini dilakukan untuk mencegah ruam lampin. Selain itu, bedak bayi juga biasanya digunakan selepas si kecil dimandikan supaya tetap segar dan harum. 

Walau bagaimanapun, bayi anda ternyata tidak memerlukan bedak. Kulit si kecil yang masih halus dan lembut justru sebaiknya dibiarkan dalam keadaan semula jadi mereka sahaja, tanpa diberi pewangi dari bahan-bahan kimia/ tak dikenali  yang berisiko bagi kesihatan bayi. 

Doktor pakar kanak-kanak dan badan kesihatan di seluruh dunia seperti American Academy of Pediatrics juga sebenarnya tidak menyarankan penggunaan bedak bayi, khususnya pada bayi yang baru lahir. Ini kerana bahaya bedak bayi lebih besar dari manfaatnya!



Bahaya bedak bayi untuk buah hati anda


Anda mungkin belum pernah mendengar saranan dari doktor untuk  memberikan bedak bayi pada si kecil. Akan tetapi, penggunaan bedak bayi sangat popular. Ini kerana sejak dulu bedak bayi diiklankan secara agresif oleh para pengeluar bedak. Oleh kerana sering melihat iklan tersebut, orang-orang termasuk saya juga  merasa bahawa menggunakan bedak bayi adalah hal yang wajar, bahkan menjadi satu kemestian. Jika anda sering menggunakan bedak bayi untuk si buah hati, baca dulu beberapa risikonya berikut ini untuk pertimbangan.

Masalah pernafasan
  • Bedak bayi terdiri daripada zarah-zarah sangat halus yang mudah merebak dan di bawa udara. Zarah tersebut boleh dihidu oleh bayi anda. Kerana paru-paru dan sistem pernafasan bayi belum sekuat orang dewasa, zarah yang dihidu lebih berisiko menimbulkan masalah pernafasan, terutama jika sudah terlalu banyak zarah yang mengendap dalam sistem pernafasan buah hati anda.

Kulit kering dan keradangan kulit
  • Meski banyak ibu bapa menggunakan bedak bayi untuk melindungi kulit daripada keradangan, ruam lampin, dan keringat berlebih, bedak justru dapat mencetuskan lagi masalah-masalah tersebut. Kulit bayi masih sangat sensitif sehingga bahan-bahan kimia dalam bedak seperti talkum dan pewangi berisiko menyebabkan keradangan kulit. Selain itu, bedak bayi akan menyerap kelembapan semulajadi kulit bayi sehingga kulit si kecil boleh terasa kering dan gatal. Hati-hati juga ketika menggunakan bedak bayi untuk merawat ruam lampin. 
Kanser
  • Mungkin anda pernah dengar soal bahaya bedak bayi yang dibuat dari talkum. Bedak dari talkum mengandungi bahan-bahan kimia seperti silikon dan asbestos yang bersifat karsinogen (menyebabkan kanser). Menurut American Cancer Society, bedak dari talkum boleh meningkatkan risiko kanser ovari dan kanser paru pada orang dewasa. Pada masa ini memang belum diketahui kes kanser pada bayi kerana penggunaan bedak, namun sebaiknya anda tetap berwaspada terhadap penggunaannya.

Pneumonia
  • Bedak  dapat menyebabkan pneumonia pada bayi. Menurut Engram (1998) pneumonia adalah proses inflamasi pada paru-paru. Pneumonia terjadi karena adanya benda asing yang mengganggu paru-paru bayi. Pemberian bedak tabur pada bayi sedikit banyak pasti membuat serbuk dalam bedak tabur tersebut terhirup oleh bayi. Dan jika bayi terlalu sering menghirup bedak tabur ini, maka serbuk yang terhirup akan tertimbun pada paru-paru sehingga menyebabkan pneumonia pada bayi.
Sekiranya masih tetap ingin menggunakan bedak tabur untuk bayi, sebaiknya perhatikan terlebih dahulu kandungan dalam bedak tersebut sebelum membeli untuk kegunaan bayi. 


Bintik mongolia pada bayi baru lahir? Bahaya atau tidak?

on
11 Ogos 2017
Shalom dan selamat sejahtera
Malam ini ingin kongsi mengenai bintik mongolia ataupun mongolia spot pada bayi baru lahir. Semoga entry malam ini dapat mengurangkan kerisauan ibubapa
Untuk pengetahuan mommies, kebanyakkkan bayi, especially Asian (dan African) babies, akan ada spot kebiruan di badan baby, seakan lebam. Ia dipanggil 'Mongolian Spots'. Selalunya di punggung, tapi ada juga di bahagian lain seperti di kaki, muka, badan. Ada juga juga bayi yang tidak mempunyai tanda kelahiran seperti ini.

Sebenarnya sehingga kini penyebab wujudnya tanda lahir pada bayi masih belum dapat dipastikan. Dokter pun tidak tahu kenapa ada bayi yang memiliki tanda lahir dan ada juga yang tidak memilikinya. Jika dilihat dari sisi medic, Mongolian Spots adalah sejenis pigmented birthmark, dan disebabkan oleh beberapa pigmen yang tidak berjaya ke lapisan atas kulit apabila kulit bayi sedang terbentuk. Ia tidak berbahaya dan biasanya beransur-ansur hilang pada usia selewatnya 5-6 tahun. 
Rujukan : https://goo.gl/fbd1b5
Bayi yang baru lahir tidak sentiasa mempunyai kulit yang sempurna. Kering, mengelupas kulit dan jerawat adalah dua daripada ‘masalah’ yang kecil ini mungkin dihadapi.
Tanda lahir juga sering dilihat pada kulit yang baru lahir dan kadang-kadang, mungkin akan menimbulkan kebimbangan di kalangan ibu bapa, terutamanya jika tanda lahir yang mempunyai bentuk atau warna yang luar biasa.
Apakah tompok biru Mongolia?
Juga dikenali sebagai ‘slate gray nevi’ dan secara normal dikenali sebagai melanositosis dermal, tompok biru Mongolia adalah sejenis tanda lahir berpigmen. Seperti namanya, warnanya adalah kebiruan, bervariasi dari warna biru gelap ke warna kelabu cair dan selalunya warna rata di keseluruhan tanda lahir.
Tompok biru Mongolia mempunyai pelbagai saiz, lebar yang beberapa sentimeter dan tidak mempunyai penghujung yang jelas. Ia jugatidak timbul.
Kebiasaannya, tanda lahir ini berada di punggung dan/atau bahagian bawah belakang badan, tetapi kadang-kala ada juga di lengan dan kaki.
Ia selalunya terus ada semasa lahir atau muncul selepas beberapa ketika.

Apakah puncanya?

Apabila bayi masih lagi di dalam kandungan, sel yang akan membentuk kulit naik di permukaan. Menurut pakar medikal:
“Satu sel yang dipanggil melanosit dermal bergerak ke lapisan atas sekali kulit di antara minggu ke 11 dan 14 kehamilan. Sel dermal ini selalunya muncul pada minggu ke 20 kehamilan. Doktor percaya yang tompok biru Mongolia adalah hasil dari sel-sel ini tidak bergerak ke lapisan teratas kulit dan tidak hilang.” Dan kerana sel-sel ini terperangkap di dalam kulit, kawasan tersebut berwarna biru-kelabu.

Adakah tompok biru Mongolia normal?

Tanda lahir ini adalah normal di kalangan anak Asia, Timur Tengah, Afrika dan Mediteranian, dengan kadar tiga per empat dari kanak-kanak dari kumpulan ini dilahirkan dengannya, kata ahli medikal profesional. Namun, tompok biru Mongolia adalah tidak normal di kalangan anak Eropah.
Ia boleh terjadi kepada dua-dua jantina tetapi lebih cenderung kepada lelaki, walaubagaimanapun, punca kemunculan ia adalah tidak diketahui.

Mitos tentang tompok biru Mongolia

Menurut mitos Korea, tompok ini muncul kerana roh bomoh kelahiran – Samshin halmi – menampar punggung bayi supaya dia wujud di dalam rahim ibunya!
Sementara di Cina, tompok biru ini dikenali sebagai ‘tanda’ (taiji). Ceritanya ialah apabila bayi dilahirkan, dia di’tepuk’ oleh Tuhan untuk memulakan hidup.
Dan mitos Jepun pula, tompok ini dikenali sebagai ‘punggung biru’ atau ‘asshirigaaoi’, dipercayai adalah tanda apabila ibu dan bapa melakukan hubungan seks semasa kehamilan.

Patutkah anda risau tentang tompok biru Mongolia bayi anda?

Bila melihat tanda lahir ini pada bayi anda yang baru lahir, mungkin anda akan risau kerana ia kelihatan seperti lebam, tetapi, tahulah yang ia bukan kanser, tidak menyakitkan dan tidak membahayakan kesihatan anak anda.
Kadang-kala, tompok ini di salah anggap dengan simptom tulang belakang yang dikenali sebagai ‘spina bifina occulta’. Tetapi, menurut Asosiasi Spina Bifina. tompoknya akan kelihatan kemerahan dan bukan biru-kelabu seperti tompok biru Mongolia.
Selalunya, tompok ini akan hilang apabila anak anda mencapai usia lima tahun dan kebiasaanya hilang apabila remaja. Jika ia masih ada apabila anak anda meningkat dewasa dan mengganggu keselesaan anak anda, beritahu pada doktor dan dengar pendapatnya.
Kadang-kala, tompok Mongolia dikaitkan dengan masalah metabolik yang sangat jarang berlaku iaitu muscopolysaccharidosis atau gangliosidosis.
Jika anak anda mempunyai tompok biru Mongolia, dapatkan pengesahan doktor yang ia memang tompok biru Mongolia. Jika anda mulai perasan ia bertukar warna atau bentuk, anda perlu memberitahu doktor tanpa berlengah.

Mengapa ibu bapa patut mengambil gambar tompok ini semasa baru lahir?

Seperti yang telah dibincangkan di atas, tompok biru Mongolia mungkin kelihatan seperti lebam atau ‘kesan pukul’dan mungkin akan disalah anggap oleh mereka yang mengambil berat seperti cikgu atau pengasuh, jika tanda itu masih ada ketika anak anda sudah besar.
Untuk sebab ini, adalah dinasihatkan untuk mengambil gambar tanda ini ketika anak anda masih bayi dan simpan gambar tersebut. Apabila dia sudah besar, dan anda mula memberinya kepada pengasuh untuk jagaan dan dia masih mempunyai tompok itu, adalah penting untuk anda nyatakan tentang kewujudan tompok ini kepada mereka.
Jika perlu, tunjukan gambar juga bagi mengelakan salah faham.