Penjagaan luka selepas
pembedahan adalah sangat penting untuk diberi perhatian. Luka selepas
pembedahan yang saya maksudkan termasuklah pembedahan untuk melahirkan,
pembedahan membuang apendiks dan lain-lain. Sebabnya kalau luka tersebut tidak
dijaga rapi ia mungkin akan dijangkiti oleh kuman.
Luka yang dijangkiti kuman akan lebih lambat untuk sembuh dan mungkin akan mendatangkan kesakitan yang lebih teruk. Selain itu, jahitan dibahagian pembedahan juga lebih berisiko untuk terbuka kalau anda tidak berhati-hati.
Luka yang dijangkiti kuman akan lebih lambat untuk sembuh dan mungkin akan mendatangkan kesakitan yang lebih teruk. Selain itu, jahitan dibahagian pembedahan juga lebih berisiko untuk terbuka kalau anda tidak berhati-hati.
Kali ni saya nak
kongsikan tentang tips penting untuk memastikan luka selepas pembedahan sembuh
dengan cepat.
Tips Penting Penjagaan
Luka Selepas Pembedahan
1. Bergerak seawal yang mungkin
Walaupun selepas
pembedahan anda akan merasa lemah dan amat sakit tapi anda tetap perlu bergerak
seawal yang boleh. Sebabnya pergerakan dapat membantu mempercepatkan proses
penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. So, bagi yang bersalin pembedahan
jangan terkejut kalau anda disuruh bangun dan berjalan pada hari ke-2 anda
bersalin. Minta bantuan ahli keluarga atau jururawat untuk membantu anda
bergerak.
2. Minum banyak air
Selepas pembedahan
anda perlu minum air dengan banyak untuk membantu proses nyahtoksin badan anda.
Kalau anda kurang minum air takut2 nanti anda mungkin mendapat sembelit. Pastikan anda
minum sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari untuk memenuhi keperluan tubuh
anda.
3. Jangan ambil ubat lain
Pengambilan apa-apa
ubat-ubatan selain daripada yang disarankan oleh doktor perlu dielakkan kerana
takut2 nanti ia boleh memberikan kesan sampingan kepada tubuh anda.
4. Ambil Supplement
Pengambilan supplement
sepertimultivitamin dan
zat besi sangat digalakkan kerana ia dapat membantu meningkatkan tahap
hemoglobin darah anda dengan lebih cepat. Selain itu, anda juga disarankan agar
menambah supplement Zink kerana ia dapat membantu mempercepatkan proses
penyembuhan luka.
5. Pastikan luka kering dan
bersih
Lap kering luka anda
setiap kali selepas mandi atau ke tandas. Pastikan ianya sentiasa kering dan
bersih sepanjang masa. Jangan sesekali menggaru luka anda walau pun ianya
amatlah gatal kerana jika anda menggaru bekemungkinan kuman akan masuk melalui
luka yang digaru.
6. Hindari aktiviti yang boleh
menyebabkan kesakitan
Lazimnya anda yang
menjalani pembedahan akan merasa sakit jika perlu naik tangga atau pun
membongkok. Sebab itu jika perlu juga naik lah denga perlahan- lahan dan sangat
digalakkan berhenti setiap beberapa anak tangga
mengikut kemampuan anda. Jangan paksa diri anda ye..):
7. Minta bantuan ahli keluarga
Minta bantuan ahli
keluarga untuk memudahkan pergerakkan anda. Ini adalah untuk kebaikan anda
sekiranya ingin cepat sembuh.
Sekian dulu perkongsian
saya untuk kali ni. Semoga bermanfaat untuk anda.
Perlukan supplement
untuk cepatkan penyembuhan luka anda?
Hubungi saya di Wa.me/60178173762

Be First to Post Comment !
Catat Ulasan