Berkerja Bukan Alasan untuk TIDAK menyusu

on
27 Oktober 2015
Tips untuk ibu2 untuk berjaya dalam breastfeeding tanpa mengira jenis pekerjaan

1. Setkan positive mind-set : penuhi masa cuti bersalin anda dengan menyusukan bayi dengan susu ibu. tidak kira siang atau malam. ini adalah salah satu langkah untuk anda berjaya menyusukan anak semasa bekerja. orang lain boleh buat, kita juga boleh!

2. Jangan bertangguh : susun kerja dengan efisien dengan mengambil kira masa mengepam. habiskan kerja secepat mungkin untuk memudahkan sesi mengepam.

3. Dapatkan maklumat : kumpul semua maklumat mengenai sebarang kebenaran/larangan bagi pekerja wanita mengepam. yang penting, kita tahu hak kita. dalam tempoh 8jam bekerja, sepatutnya ada 2 kali sesi (20min/sesi) untuk pekerja wanita yang meyusukan anak, mengepam- sekiranya hak anda diketepikan, majukan aduan kepada Kementerian Pembangunan Wanita

4. Kumpul Stok : sepanjang tempoh cuti bersalin, kumpul stok sebanyak mungkin. tidak kira wanita yang bercuti selama 2 bulan mahupun 3bulan!

5. Pam di tengah malam : apabila anda bekerja shif atau anak tiada bersama anda, pamlah di tengah malam. termasuklah anak yang tidak bangun menyusu di tengah malam!

6. Dapatkan sokongan : sokongan suami, ahli keluarga dan rakan2 amat penting. carilah orang2 yang sentiasa menyokong usaha anda untuk terus menyusukan anak.

7. Kuatkan diri : apabila anda selalu mengepam di masa bekerja, orang akan sentiasa berkata bhw anda curi tulang. jadi, abaikan suara2 sumbang mereka. tentunya kita lebih mengetahui usaha kita ini sangat bernilai dan mulia! kita adalah pahlawan sebenar.

8. Kerja mengepam leceh : memang itulah hakikat sbnr bg ibu2 yang mengepam. perlu mengusung pam,cooler bag dan sbgnya. perlu ambil masa untuk mengepam. tp ibu2 yang cekal begini adalah ibu2 yang hebat. kerana mereka lebih mengerti kepentingan dan kemuliaan tugas ini.

9. Yakinkan diri yang anda MAMPU LAKUKAN! dan kerja ini memang sangat berharga : kepulangan anda dari tempat kerja amat dinanti2kan oleh permata hati anda. dakapan mereka dan penantian mereka kepada anda membuatkan anda berasa amat bahagia..




Happy reading yahhhh :*




Special for Lihan

on
15 Oktober 2015

To my dear son Kirschen lihan,




If I could give you one thing in life. It would be the ability to see yourself through my eyes. Only then you would realize how special you are to me.

Love, mommy

#7months23days
#Breastfeedbaby
#KirschenLihan
#ShakleeNutritions