KENAPA BAYI SAYA BERPELUH KETIKA MENYUSU?

on
29 November 2016
Semalam banyak kawan-kawan update tentang supermoon πŸŒ•πŸŒ•.
.
Ini superbaby saya. Walaupun menyusu di bilik yang on Air-cond tetap juga berpeluh seperti orang yang lepas bermain.

.
Adakah mommy perasan yang bayi mommy berpeluh ketika menyusu?
.
Kebanyakan bayi berpeluh ketika menyusu dan ianya adalah satu fenomena biasa.
.
Bayi berpeluh sewaktu menyus badan adalah perkara normal kerana berlakunya body contact anatara anak & ibu. Sentuhan kulit boleh meningkatkan suhu bayi menyebabkan badan terasa panas.
.
So untuk menstabilkan suhu, badan bayi akan mengeluarkan peluh sekali gus menyejukkan badannya
.
Tetapi jika mommies risau bayi sering peluh secara berlebihan
, adalah bagus untuk berjumpa dengan pakar kanak-kanak untuk meredakan kekhuatiran mommy
Kezia Wan
Exclusive Pumping Mom











***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Cara Membuat Link Aktif di ruang Komen Blog

on
24 Oktober 2016
Shalom / selamat pagi

Monday Bluess?

Hari ini kita try share ilmu untuk para blogger semua tentang meninggalkan jejak di blog orang yang kita ingin komen.

Semoga entry kali ini bermanfaat

Salah satu cara untuk membuat backlink di blog orang lain adalah dengan cara menyimpan sebuah link aktif yangakan  menghubungkannya ke sebuah alamat blog kita. Jika kita sering mengunjungi blog orang lain, kemudian ikut berkomen di blog tersebut, tentunya sangat berguna untuk menyimpan backlink di ruang komen blogger tersebut.

Mungkin banyak yang belum tahu cara menyimpan link aktif dalam komen, karena ianya memerlukan coding HTML untuk membuat link aktif tersebut. Berikut ini adalah Tag code HTML yang dapat  mengaktifkan link tersebut:

Contoh No 1: Link Anchor Text Normal
<a href="
http://mamakirschen.blogspot.my/">KEZIA WAN</a>

Jadi hasil akan kelihatan seperti ini di dalam komen blog anda: 
KEZIA WAN

Contoh No 2: Link Anchor Text dengan huruf tebal (Bold)
<b><a href="
http://mamakirschen.blogspot.my/">KEZIA WAN </a></b>
Jadi hasilnya akan  seperti ini pada komen blog: 
KEZIA WAN
Catatan:

  • Warna Merah  Gantikan dengan alamat URL blog anda
  • Warna Biru  Gantikan dengan Teks yang ingin di munculkan dalam komen blog yang anda ingin komen


Saya sarankan agar tidak terlalu benyak menggunakan komen dengan link aktif di kolom komen blog orang lain, karena mungkin akan  dianggap sebagai spam oleh pemilik blog yang di komen.

Itulah sekilas pemahaman saya tentang 
Cara Membuat Link Aktif di ruang Komen Blog. Semoga bermanfaat. 




Apa itu Keloid

on
21 Oktober 2016

Keloid adalah luka parut yang hidup. Ia menjadi timbul, membesar dan akhirnya keluar dari sempadan luka yang lama. Kadangkala ia boleh menjadi begitu besar sehingga menyebabkan rasa sakit, gatal dan kurang selesa. Bukan itu sahaja, ia boleh menyebabkan tekanan perasaan dan perasaan rendah diri kerana secara kosmetik ia boleh mengubah fizikal seseorang. Namun, secara medikal, ia tidak mengundang bahaya kepada nyawa.

Gambar Google

Parut ini terhasil dari apa bentuk luka, contohnya:
  • Luka selepas pembedahan
  • Melecur
  • Luka sebab pemakaian subang
  • Tatu
  • Jerawat
  • Parut cacar
  • Parut BCG (Suntikan)


Faktor penyebab keloid
  1. Penyembuhan luka yang tidak normal (ABNORMAL WOUND HEALING). Untuk sesetengah orang, sel-sel yang bertindak balas untuk memperbaiki luka tersebut tidak normal dan akibatnya terhasil parut yang mempunyai tisu yang berlebihan (KOLEGEN BERLEBIHAN) dan badan akan terus menghasilkan kolegen tersebut dan mengakibatkan parut semakin membesar.
  2. Genetik
    Parut hidup ini juga boleh diwarisi disebabkan genetik juga

Apa yang harus saya buat sekiranya ada KELOID

Keloid sebenarnya tidak menyebabkan masalah kesihatan yang serius tetapi dari faktor kecantikan ianya mungkin menggangu penampilan kerana parut adalah jenis yang timbul dan akan menarik perhatian orang lain untuk fokus terhadap keloid kita. Mesti tidak selesa bukan??

Jadi langkah pertama yang perlu kita lakukan untuk menghilangkan parut keloid adalah dengan berjumpa dengan Doktor Pakar Kulit untuk mendapatkan nasihat daripada mereka mengenai rawatan yang sesuai untuk kita.

Perlu diingat bahwa ada beberapa rawatan keloid yang dapat menyebabkan keloid melebar, sehingga keloid terlihat semakin besar. Oleh karena itu, ada kemungkinan bekas luka kembali tumbuh menjadi terlalu besar dan membentuk keloid baru.


Ada tidak produk Shaklee yang dapat membantu

Jangan risau, Shaklee ada penyelesaiannya









Macam mana ingin memiliki Supplement yang saya sarankan?
Boleh hubungi saya : 


FACEBOOK: KEZIA WAN

SHAKLEE ID: 1197756
EMEL: IBELIEVE1902@GMAIL.COM
CONTACT NO: 017 817 3762


***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Hubungi saya

on
7 April 2016

Untuk Keterangan Lanjut Mengenai Produk Forever Living  Sila Hubungi saya:


ANTARA PUNCA SAKIT LUTUT

on
19 Januari 2016

<3 TENDONITIS
Tendonitis ini berlaku apabila terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal. Secara tidak langsung ia akan memberi efek iaitu kesakitan di bahagian tendon. Aktiviti yang berlebihan itu menyebabkan tendon mengalami radang dan bengkak.

<3 KEDUDUKANKEPALA LUTUT BERALIH
Ini berlaku apabila kepala lutut beralih sedikit dari kedudkan asal. Secara tidak langsung ini akan mengalami rasa sakit dan bengkak.

<3 OSTEOARTHRITIS
Lazimnya berlaku dalam kalangan warga emas iaitu berumur 50 tahun ke atas.

<3 OSGOOD / SCHLATTER DISEASE
Ia merupakan bonjolan yang terjadi di bawah lutut. Rasa sakit yang dialami mengikut masa. Ada masa ia akan okay dan ada masa ia akan merasa sakit. Ia sering terjadi dalam kalangan remaja lelaki dan perempuan yang berumur 13-14. Lazimnya berlaku pada remaja yang aktif bersukan seperti sukan bola sepak, basketball dan lain-lain.

<3 MEDIAL PLICA SYNDROME
Plica merupakan satu lipatan tisu pada sendi lutut. Apabila sering digunakan, ia boleh menyebabkan rasa sakit dan bengkak.

<3 LLIOTIBIAL BAND SYNDROME
Iliotibial merupakan sejenis tisu yang kukuh terdapat dari pinggul anda ke betis. Andai ia terlebih digunakan atau wujud masalah-masalah lain ia akan memberi kesan seperti bengkak lalu berasa sakit di bahagian di sebelah luar lutut.

<3 BURSITIS
Bengkak yang terjadi pada selaput yang mengandungi lendir pelicir. Ini terjadi apabila sering terjatuh atau kerap digunakan.

<3 SERPIHAN TULANG (bone chips)
Ini berlaku disebabkan kemalangan. Lutut seseorang itu boleh berkecai lalu serpihan itu terperangkap diantara ruang sendi. Ini memberi kesan yang sakit dan bengkak.


***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Tips Menyusu Baby baru lahir

[Tidur Ketika Menyusu]
==================

Si comel yang baru lahir asyik tidur sahaja. Bagaimana hendak menyusu kalau asyik tidur sahaja?

Tidur memang tabiat semula jadi bayi baru lahir. Namun, jangan biarkan bayi anda tertidur ketika menyusu, ia untuk mengelakkan kekurangan susu ibu yang dihasilkan.

Bayi memang memerlukan penyesuaian dengan dunia barunya, ini membuatkan kadang kala dia lebih memerlukan tidur berbanding menyusu.

Sehingga usianya satu bulan, bayi menghabiskan masa 16.5 jam sehari untuk tidur. Si manja masih belum dapat membezakan antara waktu siang dan malam kerana pola tidurnya belum teratur.

Sepanjang masa eksklusif penyusuan susu ibu, bayi menyusu antara lapan hingga 12 kali sehari. Dia menyusu selama 10 hingga 30 minit dengan jarak waktu antara dua hingga tiga jam sekali.

Sekiranya bayi anda terus mengantuk ketika menyusu atau dia tidur lebih tiga jam tidak bangun lagi, anda perlu mengejutkan bayi untuk menyusu.

Jangan dibiarkan dia terus lena tidur!

Tip kejutkan bayi baru lahir bangun menyusu

πŸ‘ΆπŸ» Geletek kaki atau telapak tangannya agar dia terjaga waktu menyusu.
πŸ‘ΆπŸ» Buka baju ibu dan bayi dari bahu ke pinggang dan letakkan bayi di atas badan anda, antara perut dan payu dara. Suhu tubuh ibu akan membuatkan bayi terasa hangat sehingga dia terjaga dari tidur.
πŸ‘ΆπŸ» Geletek bibirnya dengan puting susu anda yang telah dibasahi air susu untuk menstimulasi dia membuka mulut.
πŸ‘ΆπŸ» Dukung bayi dengan kedudukan tegak dan agah bayi dengan berborak dengannya.