How to order

on
24 September 2018
Hai terima kasih kerana berminat
Untuk order klik di sini 📲 www.wasap.my/60178173762/Nakorder atau kalau tiada whatsapp boleh SMS ke 0178173762 details seperti berikut:


  • Nama
  • Alamat
  • Nama Produk dan bilangannya
Saya akan reply dengan memberi no akaun beserta bayaran yang perlu dibuat.

Setelah membuat pembayaran, sila whatsapp/mms pic slip bank atau bukti transaksi onlie. Untuk Transaksi online, sila masukkan email : ibelieve1902@gmail.com di bahagian notification. Kami tidak menerima reference numbur.

Penghantaran adalah melalui ABX ataupun City Link. Pengeposan dilakukan ke seluruh semenanjung malaysisa, sabah, sarawak dan luar negara. COD (Cash On Delivery) hanya di sekitar kawasan MIRI sahaja.

Ataupun sekiranya ingin membuat pembelian sendiri melalui online boleh klik "tekan disini" pada gambar Esell di bawah


Terima kasih!

Kezia wan
Forever Business Owner

Tentang Saya



Shalom dan salam Sejahtera,

Hye, especially yang baru start baca blog ni. Boleh berkenalan dengan saya dulu sebelum baca blog ni. Hihi. Boleh panggil saya Kez. I'm a blogger since 2015. Hampir 4 tahun. Asalnya blog ini untuk mengabdikan kenangan sepanjang hidup gitu. Hihi. Since dah terjebak dengan Forever Living. So saya guna pakai je blog ni untuk sharing apa yang baik untuk saya dan anda.

Saya berumur tett . Hahah. Kira lah sendiri. Saya lahir tahun 1990. Status sudah bersuami dan anak 2 orang, dua dua lelaki. Kehidupan seharian saya dikeliling lelaki je. Haha. Sekarang saya WAHM. Resign dari Engineering dratfer cum Admin since 08/05/2018. Bahagianya hati selepas melepaskan beban. Sekarang boleh fokus dengan keluarga dan Forever Living.

Last but not least, enjoy your reading! saya harap blog saya banyak bagi tips dekat pembaca.




Salam Perkenalan
kezia wan
Mak anak dua yang senantiasa muda

Pengalaman saya rahim koyak

on
19 September 2018
Coretan kali ini mengenai kenangan bersalin Hades Lael secara normal 10 bulan yang lepas dengan komplikas rahim koyak. Hanya sekadar menulis di blog  untuk menyimpan kenangan yang nyaris meragut nyawa saya. Ianya juga sebagai peringatan buat diri sendiri bahawa akan tiba saatnya juga nanti saya akan kembali juga ke rumah Bapa.

Mulanya ingin menulis sewaktu habis berpantang, Maklumlah bila ada anak kecil semua kerja jadi terbengkalai bila mereka inginkan perhatian. 10 bulan sudah memendam niat ingin menulis.

Bahagian 1: Detik nyawa 50-50

"Puan, perut puan penuh dengan darah dan perlu di bedah  sekarang juga untuk membuang darah" kata doktor pakar OG usai scan perut.

Ya Tuhan, Belum sampai sejam keluar dari bilik pembedahan, kena masuk lagi.

Riuh ward ibu dan anak sewaktu itu untuk menguruskan saya ke bilik pembedahan.

Saya sudah tidak hiraukan darah dalam perut sebab kesakitan saraf bahu saya lagi sakit waktu itu.

"Misi tolong, bahu saya sakit sangat"

"Puan, tolong bagi kerjasama, nyawa puan lagi penting"

"Sabar ya dik, kami akan tolong tapi sekarang darah dalam perut adik kena dibuang terlebih dahulu" Kata Doktor

Kesakitan yang tidak tertanggung, keseorangan tanpa keluarga membuat saya lagi sedih (waktu itu keluarga sedang bersiap ke hospital tanpa menyedari apa yang terjadi) mujur Tuhan ada dan senantiasa ada untuk saya.

Sampai di bilik pembedahan, staff dibilik pembedahan tersenyum memberikan semangat dan saya sempat berjenaka menyenagkan hati sebab saya amat takut dengan suasana dibilik pembedahan.

"kita jumpa lagi," kata saya dengan linangan air mata sambil teresnyum

"Sabar",sambil menepuk tangan memberi kekuatan

Semuanya gelap selama 3jam, bangun nampak seorang staff setia berdiri ditepi memberi senyuman dan memberi penerangan tentang pembedahan yang telah selesai.

"Puan tahu rahim puan koyak dan darah penuh dalam perut puan dan kami telah buang darah sebanyak 2L dan telah menjahit semula rahim puan."

"Bersyukur sebab puan diberi kesempatan bernyawa sebab situasi tadi 50-50"

Tak larat nak mengeluh waktu ini sebab tekak terlalu kering merindukan air. Diri dibawah ke Bilik bersalin semula dan ditempatkan di bilik khas supaya senang monitor 24 jam oleh doktor dan jururawat. 2 hari badan bergantung dengan oksigen, kencing dari tiub, peket untuk drip keluar darah masih bergantung.


Bahagian 2: Cerita berpantang

6 hari di ward, doktor benarkan saya dan lael pulang, gembira sangat saat berpantang di rumah. Sepanjang berpantang, saya mengambil set bersalin Shaklee dan Vivix.

Keluar dari bilik pembedahan, saya terus minum vivix walaupan waktu itu hanya mampu membuka mulut sahaja. Suami tolong suapkan. Hari kedua saya sudah mempunyai kekuatan untuk berdiri walaupun peket untuk air kencing dan darah masih bergantungan yang menyukarkan pergerakan tetapi pertolongan dari jururawat amat saya hargai.

2.1 Keluar masuk ward selama sebulan

Berpantang anak ke dua memang mencabar emosi sangat. Disebabkan emosi tergangu, saya dimasukan semula ke ward sebab kencing kotor. Untuk pengetahuan semua, sangat penting waktu berpantang emosi harus stabil supaya mengelakan benda yang tidak diingin terjadi.

Sepanjang 4 hari di ward, saya dibenarkan pulang. Doktor mengambil sampel air kencing dan tidak mendapati sebarang masalah terhadap buah pinggang saya cuma terdapat sedikit kuman dari najis di saluran air kencing.

Selepas seminggu dikeluarkan, saya diarah masuk semula di ward kerana luka saya ada infection dan saya harus ambil antibiotik di hospital. Saya terpaksa membawa lael bersama bermalam di ward sepanjang seminggu sebab Lael menyusu badan.

Waktu ini saya menangis lagi, Apa lagi Tuhan. Saya mengeluh.

Saat dimasukan kali ke 2, Luka saya dibuka semula tanpa bius, saya hanya mampu menutup mata menahan kesakitan. Bergetar badan dan mengalir air mata tatkala melihat isi kulit di perut. Sepanjang seminggu luka saya terbuka dan harus di cuci setiap hari sebanyak 2 kali. Waktu ini saya tidak pernah tinggalkan Vivix dan set bersalin shaklee yang lain.

Masuk hari ke-6 on antibiotik, keesokan harinya saya diusung lagi ke bilik pembedahan untuk menjahit semula luka saya. Semoga ini adalah yang terakhir saya masuk bilik pembedahan.

2 hari selepas pembedahan saya dibenarkan pulang dan bersambung pantang di rumah bersama Lael. Kesian Lael terpaksa ikut saya keluar masuk ward sebab menyusu badan.

Saya bagi 5 bintang untuk General Hospital Miri (Labour Room & Ward Ibu & Anak) atas layanan dan sokongan moral mereka untuk saya !

Doktor dan jururawat. Terima kasih! Tiada kata-kata yang dapat saya ucapakan melainkan rasa bersyukur yang tidak terhingga atas perkhidmatan kalian.

Sewaktu dalam pantang saya tidak berpantang sepenuh seperti para ibu lain kerana setiap hari saya harus pergi ke GH Miri untuk dressing luka. Luka sepanjang 6cm secara menegak.


Boleh rujuk gambar dibawah.



Image result for jenis luka pembedahan
Gambar 1: Jenis-jenis luka

Gambar-Gambar


Gambar 3: Warded kali ke-3 untuk on antibiotik selama seminggu 

Gambar 4 : Hades Lael, Melahirkan mu secara normal tetapi dengan komplikasi
yang nyaris meragut nyawa mommy.


Peringatan dari saya:
DILARANG sebarang copy past. Ini adalah cerita peribadi dari kezia wan. Saya berhak untuk report mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab copy cerita ini


Penghargaan untuk pembaca

Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya. Tujuan coretan ini adalah untuk kenangan dimasa hadapan supaya saya senantiasa ingat bahawa saya diberi peluang lagi bernafas dan bersama dengan ahli keluarga saya. Segala pujian hanya untuk kemulian Tuhan.

Kezia wan
Pejuang rahim koyak
03 November 2017