ANTARA PUNCA SAKIT LUTUT

on
19 Januari 2016

<3 TENDONITIS
Tendonitis ini berlaku apabila terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal. Secara tidak langsung ia akan memberi efek iaitu kesakitan di bahagian tendon. Aktiviti yang berlebihan itu menyebabkan tendon mengalami radang dan bengkak.

<3 KEDUDUKANKEPALA LUTUT BERALIH
Ini berlaku apabila kepala lutut beralih sedikit dari kedudkan asal. Secara tidak langsung ini akan mengalami rasa sakit dan bengkak.

<3 OSTEOARTHRITIS
Lazimnya berlaku dalam kalangan warga emas iaitu berumur 50 tahun ke atas.

<3 OSGOOD / SCHLATTER DISEASE
Ia merupakan bonjolan yang terjadi di bawah lutut. Rasa sakit yang dialami mengikut masa. Ada masa ia akan okay dan ada masa ia akan merasa sakit. Ia sering terjadi dalam kalangan remaja lelaki dan perempuan yang berumur 13-14. Lazimnya berlaku pada remaja yang aktif bersukan seperti sukan bola sepak, basketball dan lain-lain.

<3 MEDIAL PLICA SYNDROME
Plica merupakan satu lipatan tisu pada sendi lutut. Apabila sering digunakan, ia boleh menyebabkan rasa sakit dan bengkak.

<3 LLIOTIBIAL BAND SYNDROME
Iliotibial merupakan sejenis tisu yang kukuh terdapat dari pinggul anda ke betis. Andai ia terlebih digunakan atau wujud masalah-masalah lain ia akan memberi kesan seperti bengkak lalu berasa sakit di bahagian di sebelah luar lutut.

<3 BURSITIS
Bengkak yang terjadi pada selaput yang mengandungi lendir pelicir. Ini terjadi apabila sering terjatuh atau kerap digunakan.

<3 SERPIHAN TULANG (bone chips)
Ini berlaku disebabkan kemalangan. Lutut seseorang itu boleh berkecai lalu serpihan itu terperangkap diantara ruang sendi. Ini memberi kesan yang sakit dan bengkak.


***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Tips Menyusu Baby baru lahir

[Tidur Ketika Menyusu]
==================

Si comel yang baru lahir asyik tidur sahaja. Bagaimana hendak menyusu kalau asyik tidur sahaja?

Tidur memang tabiat semula jadi bayi baru lahir. Namun, jangan biarkan bayi anda tertidur ketika menyusu, ia untuk mengelakkan kekurangan susu ibu yang dihasilkan.

Bayi memang memerlukan penyesuaian dengan dunia barunya, ini membuatkan kadang kala dia lebih memerlukan tidur berbanding menyusu.

Sehingga usianya satu bulan, bayi menghabiskan masa 16.5 jam sehari untuk tidur. Si manja masih belum dapat membezakan antara waktu siang dan malam kerana pola tidurnya belum teratur.

Sepanjang masa eksklusif penyusuan susu ibu, bayi menyusu antara lapan hingga 12 kali sehari. Dia menyusu selama 10 hingga 30 minit dengan jarak waktu antara dua hingga tiga jam sekali.

Sekiranya bayi anda terus mengantuk ketika menyusu atau dia tidur lebih tiga jam tidak bangun lagi, anda perlu mengejutkan bayi untuk menyusu.

Jangan dibiarkan dia terus lena tidur!

Tip kejutkan bayi baru lahir bangun menyusu

πŸ‘ΆπŸ» Geletek kaki atau telapak tangannya agar dia terjaga waktu menyusu.
πŸ‘ΆπŸ» Buka baju ibu dan bayi dari bahu ke pinggang dan letakkan bayi di atas badan anda, antara perut dan payu dara. Suhu tubuh ibu akan membuatkan bayi terasa hangat sehingga dia terjaga dari tidur.
πŸ‘ΆπŸ» Geletek bibirnya dengan puting susu anda yang telah dibasahi air susu untuk menstimulasi dia membuka mulut.
πŸ‘ΆπŸ» Dukung bayi dengan kedudukan tegak dan agah bayi dengan berborak dengannya.