Kedai online Forever Business Owner Di Miri - 0178173762

on
2 Oktober 2017
Shalom & Selamat Pagi semua sahabat-sahabat positive 😊
.
Kedai online #Foreverbykezia bukak mcm biasa. Saya jual
🎈Madu asli gred AA
🎈Pati Aloevera
🎈Pati AloeBerry
🎈Pati AloePeach
🎈Pati Delima
🎈Softgel Minyak Ikan + Minyak Zaitun
🎈Kapsul kunyah Vitamin C+Oat+Madu
🎈Produk Lebah (Bee Pollen, Bee Propolis, Royal Gelly)
🎈Ubat gigi aloemadu
🎈Deoderant aloevera bebas alumumium
🎈Aloevera Gel untuk luka
🎈Propolis Creme untuk masalah kulit
🎈Sabun Aloevera pencuci serbaguna selamat utk satu rumah
🎈Syampu & Conditioner Aloevera


Semuanya organic 
 


Order di sini ya Wa.me/60178173762

Forever Living Products, LA. JAPAN - Home | Facebook


***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Bedak talkum membahayakan kesihatan bayi

on
16 Ogos 2017
Shalom dan Selamat sejahtera

Pagi ini terdetik nak berkongsi mengenai "Bedak membahayakan kesihatan bayi"

Ketika menukar lampin bayi anda, mungkin secara automatik anda menggunakan bedak bayi, Atau sehabis memandikan si buah hati, anda tidak lupa untuk memberi bedak bayi pada sekujur tubuh bayi anda. Bedak bayi memang baunya harum dan boleh membuat kulit si kecil jadi terasa lebih halus. 

Itulah mengapa kebiasaan memberikan bedak pada bayi atau anak kecil sudah menjadi tradisi yang diwariskan secara turun temurun. Namun, akhir-akhir ini muncul kebimbangan mengenai bahaya bedak bayi. Risiko yang mungkin ditimbulkan pun cukup serius, mulai dari masalah pernafasan sampai kanser. Untuk mengelakkan pelbagai risiko tersebut, baca terus penjelasan lengkapnya di bawah ini.

Adakah bayi sebenarnya memerlukan bedak bayi?

Umumnya bedak bayi banyak digunakan oleh ibu bapa untuk menjaga  kawasan punggung bayi tetap kering dan harum. Hal ini dilakukan untuk mencegah ruam lampin. Selain itu, bedak bayi juga biasanya digunakan selepas si kecil dimandikan supaya tetap segar dan harum. 

Walau bagaimanapun, bayi anda ternyata tidak memerlukan bedak. Kulit si kecil yang masih halus dan lembut justru sebaiknya dibiarkan dalam keadaan semula jadi mereka sahaja, tanpa diberi pewangi dari bahan-bahan kimia/ tak dikenali  yang berisiko bagi kesihatan bayi. 

Doktor pakar kanak-kanak dan badan kesihatan di seluruh dunia seperti American Academy of Pediatrics juga sebenarnya tidak menyarankan penggunaan bedak bayi, khususnya pada bayi yang baru lahir. Ini kerana bahaya bedak bayi lebih besar dari manfaatnya!



Bahaya bedak bayi untuk buah hati anda


Anda mungkin belum pernah mendengar saranan dari doktor untuk  memberikan bedak bayi pada si kecil. Akan tetapi, penggunaan bedak bayi sangat popular. Ini kerana sejak dulu bedak bayi diiklankan secara agresif oleh para pengeluar bedak. Oleh kerana sering melihat iklan tersebut, orang-orang termasuk saya juga  merasa bahawa menggunakan bedak bayi adalah hal yang wajar, bahkan menjadi satu kemestian. Jika anda sering menggunakan bedak bayi untuk si buah hati, baca dulu beberapa risikonya berikut ini untuk pertimbangan.

Masalah pernafasan
  • Bedak bayi terdiri daripada zarah-zarah sangat halus yang mudah merebak dan di bawa udara. Zarah tersebut boleh dihidu oleh bayi anda. Kerana paru-paru dan sistem pernafasan bayi belum sekuat orang dewasa, zarah yang dihidu lebih berisiko menimbulkan masalah pernafasan, terutama jika sudah terlalu banyak zarah yang mengendap dalam sistem pernafasan buah hati anda.

Kulit kering dan keradangan kulit
  • Meski banyak ibu bapa menggunakan bedak bayi untuk melindungi kulit daripada keradangan, ruam lampin, dan keringat berlebih, bedak justru dapat mencetuskan lagi masalah-masalah tersebut. Kulit bayi masih sangat sensitif sehingga bahan-bahan kimia dalam bedak seperti talkum dan pewangi berisiko menyebabkan keradangan kulit. Selain itu, bedak bayi akan menyerap kelembapan semulajadi kulit bayi sehingga kulit si kecil boleh terasa kering dan gatal. Hati-hati juga ketika menggunakan bedak bayi untuk merawat ruam lampin. 
Kanser
  • Mungkin anda pernah dengar soal bahaya bedak bayi yang dibuat dari talkum. Bedak dari talkum mengandungi bahan-bahan kimia seperti silikon dan asbestos yang bersifat karsinogen (menyebabkan kanser). Menurut American Cancer Society, bedak dari talkum boleh meningkatkan risiko kanser ovari dan kanser paru pada orang dewasa. Pada masa ini memang belum diketahui kes kanser pada bayi kerana penggunaan bedak, namun sebaiknya anda tetap berwaspada terhadap penggunaannya.

Pneumonia
  • Bedak  dapat menyebabkan pneumonia pada bayi. Menurut Engram (1998) pneumonia adalah proses inflamasi pada paru-paru. Pneumonia terjadi karena adanya benda asing yang mengganggu paru-paru bayi. Pemberian bedak tabur pada bayi sedikit banyak pasti membuat serbuk dalam bedak tabur tersebut terhirup oleh bayi. Dan jika bayi terlalu sering menghirup bedak tabur ini, maka serbuk yang terhirup akan tertimbun pada paru-paru sehingga menyebabkan pneumonia pada bayi.
Sekiranya masih tetap ingin menggunakan bedak tabur untuk bayi, sebaiknya perhatikan terlebih dahulu kandungan dalam bedak tersebut sebelum membeli untuk kegunaan bayi. 


Bintik mongolia pada bayi baru lahir? Bahaya atau tidak?

on
11 Ogos 2017
Shalom dan selamat sejahtera
Malam ini ingin kongsi mengenai bintik mongolia ataupun mongolia spot pada bayi baru lahir. Semoga entry malam ini dapat mengurangkan kerisauan ibubapa
Untuk pengetahuan mommies, kebanyakkkan bayi, especially Asian (dan African) babies, akan ada spot kebiruan di badan baby, seakan lebam. Ia dipanggil 'Mongolian Spots'. Selalunya di punggung, tapi ada juga di bahagian lain seperti di kaki, muka, badan. Ada juga juga bayi yang tidak mempunyai tanda kelahiran seperti ini.

Sebenarnya sehingga kini penyebab wujudnya tanda lahir pada bayi masih belum dapat dipastikan. Dokter pun tidak tahu kenapa ada bayi yang memiliki tanda lahir dan ada juga yang tidak memilikinya. Jika dilihat dari sisi medic, Mongolian Spots adalah sejenis pigmented birthmark, dan disebabkan oleh beberapa pigmen yang tidak berjaya ke lapisan atas kulit apabila kulit bayi sedang terbentuk. Ia tidak berbahaya dan biasanya beransur-ansur hilang pada usia selewatnya 5-6 tahun. 
Rujukan : https://goo.gl/fbd1b5
Bayi yang baru lahir tidak sentiasa mempunyai kulit yang sempurna. Kering, mengelupas kulit dan jerawat adalah dua daripada ‘masalah’ yang kecil ini mungkin dihadapi.
Tanda lahir juga sering dilihat pada kulit yang baru lahir dan kadang-kadang, mungkin akan menimbulkan kebimbangan di kalangan ibu bapa, terutamanya jika tanda lahir yang mempunyai bentuk atau warna yang luar biasa.
Apakah tompok biru Mongolia?
Juga dikenali sebagai ‘slate gray nevi’ dan secara normal dikenali sebagai melanositosis dermal, tompok biru Mongolia adalah sejenis tanda lahir berpigmen. Seperti namanya, warnanya adalah kebiruan, bervariasi dari warna biru gelap ke warna kelabu cair dan selalunya warna rata di keseluruhan tanda lahir.
Tompok biru Mongolia mempunyai pelbagai saiz, lebar yang beberapa sentimeter dan tidak mempunyai penghujung yang jelas. Ia jugatidak timbul.
Kebiasaannya, tanda lahir ini berada di punggung dan/atau bahagian bawah belakang badan, tetapi kadang-kala ada juga di lengan dan kaki.
Ia selalunya terus ada semasa lahir atau muncul selepas beberapa ketika.

Apakah puncanya?

Apabila bayi masih lagi di dalam kandungan, sel yang akan membentuk kulit naik di permukaan. Menurut pakar medikal:
“Satu sel yang dipanggil melanosit dermal bergerak ke lapisan atas sekali kulit di antara minggu ke 11 dan 14 kehamilan. Sel dermal ini selalunya muncul pada minggu ke 20 kehamilan. Doktor percaya yang tompok biru Mongolia adalah hasil dari sel-sel ini tidak bergerak ke lapisan teratas kulit dan tidak hilang.” Dan kerana sel-sel ini terperangkap di dalam kulit, kawasan tersebut berwarna biru-kelabu.

Adakah tompok biru Mongolia normal?

Tanda lahir ini adalah normal di kalangan anak Asia, Timur Tengah, Afrika dan Mediteranian, dengan kadar tiga per empat dari kanak-kanak dari kumpulan ini dilahirkan dengannya, kata ahli medikal profesional. Namun, tompok biru Mongolia adalah tidak normal di kalangan anak Eropah.
Ia boleh terjadi kepada dua-dua jantina tetapi lebih cenderung kepada lelaki, walaubagaimanapun, punca kemunculan ia adalah tidak diketahui.

Mitos tentang tompok biru Mongolia

Menurut mitos Korea, tompok ini muncul kerana roh bomoh kelahiran – Samshin halmi – menampar punggung bayi supaya dia wujud di dalam rahim ibunya!
Sementara di Cina, tompok biru ini dikenali sebagai ‘tanda’ (taiji). Ceritanya ialah apabila bayi dilahirkan, dia di’tepuk’ oleh Tuhan untuk memulakan hidup.
Dan mitos Jepun pula, tompok ini dikenali sebagai ‘punggung biru’ atau ‘asshirigaaoi’, dipercayai adalah tanda apabila ibu dan bapa melakukan hubungan seks semasa kehamilan.

Patutkah anda risau tentang tompok biru Mongolia bayi anda?

Bila melihat tanda lahir ini pada bayi anda yang baru lahir, mungkin anda akan risau kerana ia kelihatan seperti lebam, tetapi, tahulah yang ia bukan kanser, tidak menyakitkan dan tidak membahayakan kesihatan anak anda.
Kadang-kala, tompok ini di salah anggap dengan simptom tulang belakang yang dikenali sebagai ‘spina bifina occulta’. Tetapi, menurut Asosiasi Spina Bifina. tompoknya akan kelihatan kemerahan dan bukan biru-kelabu seperti tompok biru Mongolia.
Selalunya, tompok ini akan hilang apabila anak anda mencapai usia lima tahun dan kebiasaanya hilang apabila remaja. Jika ia masih ada apabila anak anda meningkat dewasa dan mengganggu keselesaan anak anda, beritahu pada doktor dan dengar pendapatnya.
Kadang-kala, tompok Mongolia dikaitkan dengan masalah metabolik yang sangat jarang berlaku iaitu muscopolysaccharidosis atau gangliosidosis.
Jika anak anda mempunyai tompok biru Mongolia, dapatkan pengesahan doktor yang ia memang tompok biru Mongolia. Jika anda mulai perasan ia bertukar warna atau bentuk, anda perlu memberitahu doktor tanpa berlengah.

Mengapa ibu bapa patut mengambil gambar tompok ini semasa baru lahir?

Seperti yang telah dibincangkan di atas, tompok biru Mongolia mungkin kelihatan seperti lebam atau ‘kesan pukul’dan mungkin akan disalah anggap oleh mereka yang mengambil berat seperti cikgu atau pengasuh, jika tanda itu masih ada ketika anak anda sudah besar.
Untuk sebab ini, adalah dinasihatkan untuk mengambil gambar tanda ini ketika anak anda masih bayi dan simpan gambar tersebut. Apabila dia sudah besar, dan anda mula memberinya kepada pengasuh untuk jagaan dan dia masih mempunyai tompok itu, adalah penting untuk anda nyatakan tentang kewujudan tompok ini kepada mereka.
Jika perlu, tunjukan gambar juga bagi mengelakan salah faham.

Posis tidur saat hamil yang selesa untuk ibu dan kandungan

on
3 Ogos 2017


Shalom & selamat sejatera.


Memandangkan kandungan sudah membesar. Posis tidur sangat penting untuk ibu mendapat tidur yang lena. Jika sebelum hamil, posisi tidur yang selesa untuk kita adalah posisi tengkurap dan posisi terlentang. Hihi

Ibu, jangan risau! (Peringatan untuk diri sendiri hihi). Tubuh kita diciptakan unik, sehingga dapat memberikan perlindungan sempurna bagi janin.Untuk pengetahuan, bayi dalam kandungan mempubyai sistem perlindungan sendiri, bagaimanapun posisi tidur kita, bayi tetapi akan selesa di dalam sebab bayi terapung dalam cecair ketuban, jadi bayi mempunyai cukup ruang sendiri untuk boleh bergerak bebas dan berkembang dalam rahim ibu.

Terdapat fakta yang mampu mengembirakan hati buat para ibu dan ibu tidak perlu risau lagi untuk menentukan posisi tidur saat hamil bahkan akan mempunyai tidur yang menyenangkan. 


"Terdapat beberapa posisi tidur yang ibu boleh cuba untuk mendapatkan isitirehat yang mencukupkan"


1. Tidur Tengkurap

Saat kandungan masih dalam minggu awal, posisi tidur tengkurap masih dapat dinikmati oleh ibu untuk mendapatkan istirehat yang nyaman lagi-lagi kalau ibu belum mengalami perubahan di bahagian dada yang sangat sensitif. 

Image result for cewek tidur tengkurap

Posisi tidur tengkurap sangat tidak elok untuk ibu yang kandungannya sudah mulai membesar (awal 14 minggu). Saat ini, ibu perlu pertolongn bantal untuk menyokong paha kerana perut yang mulai membesar.


2. Tidur Terlentang

Posisi terlentang adalah posisi yang paling aman dan paling nyaman, terutama pada     saat ibu sedang hamil muda.  Namun posisi ini tidak  disarankan saat kehamilan sudah memasuki usia 16 minggu sebab beban rahim akan bertumpu pada bagian belakang tubuh.

Posisi tidur terlentang dapat menganggu kesihatan ibu seperti sakit pinggang, gangguan pencernaan, dan juga buasir.

Image result for tidur terlentang hamil

Posisi ini juga dapat mempengaruhi tekanan darah. Ibu akan mengalami pening dan ini akan menyebabkan tekanan darah ibu tinggi. Sekirannya ibu mengalami darah tinggi saat hamil, posisi tidur terlentang tidak disarankan untuk kesihatan ibu dan bayi. 


3. Tidur Mengiring
Posisi tidur mengiring cukup selesa untuk ibu apabila kandungan sudah mulai membesar. Bayi dalam kandungan pun turut selesa.
Tidur dengan posisi miring ke sebelah kiri akan memberikan beberapa kebaikan untuk babi yang ada di dalam kandungan. Bayiakan mendapatkan aliran darah dan nutrisi secara maksimum ke plasenta. Selain itu, karena vena cava inferior di sebelah kanan maka akan mengembalikan aliran darah ke jantung dari bagian tubuh bawah.
Posisi Tidur Saat Hamil 4
Selain itu, posisi tidur mengiring ke sebelah kiri akan membantu melancarkan pekerjaan buah pinggang dalam membuang cairan yang berlebihan dan tidak diperlukan  dari dalam tubuh ibu. Hal ini akan mengurangi pembengkakan pada kaki, pegelangan kaki dan tangan.
Sebenarnya apapun posisi tidur ibu tidak membahayakan asalkan ibu dan bayi dalam kandungan merasa selesa. 
Semoga sepanjang kehamilan ini, ibu hamil dan yang bakal hamil mempunyai istirehat yang menyenangkan.
"Ibu-ibu boleh praktiskan! Semoga sharing kali ini bermanfaat untk ibu hamil dan bakal ibu"