Puting Leper (FLAT NIPPLES) dan PutingTengelam (INVERTED NIPPLES)

on
26 Ogos 2015
Salam borneo, Hai Penisular ...
Hari ini entri tentang Puting Leper (FLAT NIPPLES) dan  PutingTengelam (INVERTED NIPPLES).
Harap dapat membantu dilemma mommies;
Happy reading ..


Semua wanita dilahirkan dengan keunikan yang tersendiri. Namum fungsi payudara tetap telah ditentukan untuk penyusuan susu ibu kepada bayi. [ kerana dari situ lah kita dikategorikan sebagai mamalia]

Keadaan puting leper (flat nipples) dan puting tengelam (inverted nipples) boleh terjadi di kalangan 3-10% daripada pipulasi. Namun begitu, keunikan yang tersendiri ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalang ibu-ibu terus berusaha untuk menyusukan bayi mreka dengan susu ibu.

Bagaimana menentukan keadaan puting adalah normal, leper atau tengelam?

Caranya: Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit dengan lembut kawasan areola pada jarak diameter 1 inci daripada puting.

Puting yang normal ankan tertonjol keluar apabila dikenakan tekanan pada areola.
Tetapi puting  leper tidak akan tertonjol keluar manakal puting tengelam akan tertatrik ke dalam.





Bolehkah menyusukan bayi jika puting leper atau   tengelam?                                                                                   
Mommies perlu yakin bahawa walau bagaimanapun entuk dan keadaan puting (sama ada leper atau tengelam) bayi masih boleh menyusu dengan efektif. Mommies perlu tahu :-

1.       Tetapkan KEYAKINAN bahawa ibu boleh menyusukan bayi dengan efektif.
2.       Fahami bahawa semasa penyusuan, mulut bayi perlu merangkumi areola bukannya menghisap  puting semata-mata.
3.       Latih bayi melekap dengan betul seawal kali pertama bayi mula menyusu daripada ibu (1 jam  pertama selepas kelahiran)
4.       Berlatih dengan kerap sepanjang rooming in sepanjang masa tanpa jemu dan putus asa.
5.       Letakkan bayi pada posisi yang betul semasa penyusuan.
6.       Pelengkapan yang baik boleh menbantu menonjolkan puting yang leper.
7.       Menyusu bayi sebelum payudara membengkak.
8.       Ibu boleh juga mengepam sebelum menyusu bayi untuk menonjolkan sedikit putig supaya  mudah bayi melekap dengan berkesan.

Kesimpulannya, walau bagaimanapun keadaan puting  anda, anak-anak masih berhak mendapat susu ibu daripada ibunya. Ingat!! Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi anda.



Cara lekapan yang betul


Sumber: breasfeedingbasic.com, babycenter.com


Be First to Post Comment !
Catat Ulasan