Shalom dan selamat sejahtera
Malam ini ingin kongsi mengenai bintik mongolia ataupun mongolia spot pada bayi baru lahir. Semoga entry malam ini dapat mengurangkan kerisauan ibubapa
Untuk pengetahuan mommies, kebanyakkkan bayi, especially Asian (dan African) babies, akan ada spot kebiruan di badan baby, seakan lebam. Ia dipanggil 'Mongolian Spots'. Selalunya di punggung, tapi ada juga di bahagian lain seperti di kaki, muka, badan. Ada juga juga bayi yang tidak mempunyai tanda kelahiran seperti ini.
Sebenarnya sehingga kini penyebab wujudnya tanda lahir pada bayi masih belum dapat dipastikan. Dokter pun tidak tahu kenapa ada bayi yang memiliki tanda lahir dan ada juga yang tidak memilikinya. Jika dilihat dari sisi medic, Mongolian Spots adalah sejenis pigmented birthmark, dan disebabkan oleh beberapa pigmen yang tidak berjaya ke lapisan atas kulit apabila kulit bayi sedang terbentuk. Ia tidak berbahaya dan biasanya beransur-ansur hilang pada usia selewatnya 5-6 tahun.
Rujukan : https://goo.gl/fbd1b5
Bayi yang baru lahir tidak sentiasa mempunyai kulit yang sempurna. Kering, mengelupas kulit dan jerawat adalah dua daripada ‘masalah’ yang kecil ini mungkin dihadapi.
Tanda lahir juga sering dilihat pada kulit yang baru lahir dan kadang-kadang, mungkin akan menimbulkan kebimbangan di kalangan ibu bapa, terutamanya jika tanda lahir yang mempunyai bentuk atau warna yang luar biasa.
Apakah tompok biru Mongolia?
Juga dikenali sebagai ‘slate gray nevi’ dan secara normal dikenali sebagai melanositosis dermal, tompok biru Mongolia adalah sejenis tanda lahir berpigmen. Seperti namanya, warnanya adalah kebiruan, bervariasi dari warna biru gelap ke warna kelabu cair dan selalunya warna rata di keseluruhan tanda lahir.
Tompok biru Mongolia mempunyai pelbagai saiz, lebar yang beberapa sentimeter dan tidak mempunyai penghujung yang jelas. Ia jugatidak timbul.
Kebiasaannya, tanda lahir ini berada di punggung dan/atau bahagian bawah belakang badan, tetapi kadang-kala ada juga di lengan dan kaki.
Ia selalunya terus ada semasa lahir atau muncul selepas beberapa ketika.
Apakah puncanya?
Apabila bayi masih lagi di dalam kandungan, sel yang akan membentuk kulit naik di permukaan. Menurut pakar medikal:
“Satu sel yang dipanggil melanosit dermal bergerak ke lapisan atas sekali kulit di antara minggu ke 11 dan 14 kehamilan. Sel dermal ini selalunya muncul pada minggu ke 20 kehamilan. Doktor percaya yang tompok biru Mongolia adalah hasil dari sel-sel ini tidak bergerak ke lapisan teratas kulit dan tidak hilang.” Dan kerana sel-sel ini terperangkap di dalam kulit, kawasan tersebut berwarna biru-kelabu.
Adakah tompok biru Mongolia normal?
Tanda lahir ini adalah normal di kalangan anak Asia, Timur Tengah, Afrika dan Mediteranian, dengan kadar tiga per empat dari kanak-kanak dari kumpulan ini dilahirkan dengannya, kata ahli medikal profesional. Namun, tompok biru Mongolia adalah tidak normal di kalangan anak Eropah.
Ia boleh terjadi kepada dua-dua jantina tetapi lebih cenderung kepada lelaki, walaubagaimanapun, punca kemunculan ia adalah tidak diketahui.
Mitos tentang tompok biru Mongolia
Menurut mitos Korea, tompok ini muncul kerana roh bomoh kelahiran – Samshin halmi – menampar punggung bayi supaya dia wujud di dalam rahim ibunya!
Sementara di Cina, tompok biru ini dikenali sebagai ‘tanda’ (taiji). Ceritanya ialah apabila bayi dilahirkan, dia di’tepuk’ oleh Tuhan untuk memulakan hidup.
Dan mitos Jepun pula, tompok ini dikenali sebagai ‘punggung biru’ atau ‘asshirigaaoi’, dipercayai adalah tanda apabila ibu dan bapa melakukan hubungan seks semasa kehamilan.
Patutkah anda risau tentang tompok biru Mongolia bayi anda?
Bila melihat tanda lahir ini pada bayi anda yang baru lahir, mungkin anda akan risau kerana ia kelihatan seperti lebam, tetapi, tahulah yang ia bukan kanser, tidak menyakitkan dan tidak membahayakan kesihatan anak anda.
Kadang-kala, tompok ini di salah anggap dengan simptom tulang belakang yang dikenali sebagai ‘spina bifina occulta’. Tetapi, menurut Asosiasi Spina Bifina. tompoknya akan kelihatan kemerahan dan bukan biru-kelabu seperti tompok biru Mongolia.
Selalunya, tompok ini akan hilang apabila anak anda mencapai usia lima tahun dan kebiasaanya hilang apabila remaja. Jika ia masih ada apabila anak anda meningkat dewasa dan mengganggu keselesaan anak anda, beritahu pada doktor dan dengar pendapatnya.
Kadang-kala, tompok Mongolia dikaitkan dengan masalah metabolik yang sangat jarang berlaku iaitu muscopolysaccharidosis atau gangliosidosis.
Jika anak anda mempunyai tompok biru Mongolia, dapatkan pengesahan doktor yang ia memang tompok biru Mongolia. Jika anda mulai perasan ia bertukar warna atau bentuk, anda perlu memberitahu doktor tanpa berlengah.
Mengapa ibu bapa patut mengambil gambar tompok ini semasa baru lahir?
Seperti yang telah dibincangkan di atas, tompok biru Mongolia mungkin kelihatan seperti lebam atau ‘kesan pukul’dan mungkin akan disalah anggap oleh mereka yang mengambil berat seperti cikgu atau pengasuh, jika tanda itu masih ada ketika anak anda sudah besar.
Untuk sebab ini, adalah dinasihatkan untuk mengambil gambar tanda ini ketika anak anda masih bayi dan simpan gambar tersebut. Apabila dia sudah besar, dan anda mula memberinya kepada pengasuh untuk jagaan dan dia masih mempunyai tompok itu, adalah penting untuk anda nyatakan tentang kewujudan tompok ini kepada mereka.
Jika perlu, tunjukan gambar juga bagi mengelakan salah faham.
Be First to Post Comment !
Catat Ulasan