Shalom dan Selamat sejahtera
Pagi ini terdetik nak berkongsi mengenai "Bedak membahayakan kesihatan bayi"
Ketika menukar lampin bayi anda, mungkin secara automatik anda menggunakan bedak bayi, Atau sehabis memandikan si buah hati, anda tidak lupa untuk memberi bedak bayi pada sekujur tubuh bayi anda. Bedak bayi memang baunya harum dan boleh membuat kulit si kecil jadi terasa lebih halus.
Itulah mengapa kebiasaan memberikan bedak pada bayi atau anak kecil sudah menjadi tradisi yang diwariskan secara turun temurun. Namun, akhir-akhir ini muncul kebimbangan mengenai bahaya bedak bayi. Risiko yang mungkin ditimbulkan pun cukup serius, mulai dari masalah pernafasan sampai kanser. Untuk mengelakkan pelbagai risiko tersebut, baca terus penjelasan lengkapnya di bawah ini.
Umumnya bedak bayi banyak digunakan oleh ibu bapa untuk menjaga kawasan punggung bayi tetap kering dan harum. Hal ini dilakukan untuk mencegah ruam lampin. Selain itu, bedak bayi juga biasanya digunakan selepas si kecil dimandikan supaya tetap segar dan harum.
Walau bagaimanapun, bayi anda ternyata tidak memerlukan bedak. Kulit si kecil yang masih halus dan lembut justru sebaiknya dibiarkan dalam keadaan semula jadi mereka sahaja, tanpa diberi pewangi dari bahan-bahan kimia/ tak dikenali yang berisiko bagi kesihatan bayi.
Doktor pakar kanak-kanak dan badan kesihatan di seluruh dunia seperti American Academy of Pediatrics juga sebenarnya tidak menyarankan penggunaan bedak bayi, khususnya pada bayi yang baru lahir. Ini kerana bahaya bedak bayi lebih besar dari manfaatnya!
Anda mungkin belum pernah mendengar saranan dari doktor untuk memberikan bedak bayi pada si kecil. Akan tetapi, penggunaan bedak bayi sangat popular. Ini kerana sejak dulu bedak bayi diiklankan secara agresif oleh para pengeluar bedak. Oleh kerana sering melihat iklan tersebut, orang-orang termasuk saya juga merasa bahawa menggunakan bedak bayi adalah hal yang wajar, bahkan menjadi satu kemestian. Jika anda sering menggunakan bedak bayi untuk si buah hati, baca dulu beberapa risikonya berikut ini untuk pertimbangan.
Masalah pernafasan
Kulit kering dan keradangan kulit
Sekiranya masih tetap ingin menggunakan bedak tabur untuk bayi, sebaiknya perhatikan terlebih dahulu kandungan dalam bedak tersebut sebelum membeli untuk kegunaan bayi.
Pagi ini terdetik nak berkongsi mengenai "Bedak membahayakan kesihatan bayi"
Ketika menukar lampin bayi anda, mungkin secara automatik anda menggunakan bedak bayi, Atau sehabis memandikan si buah hati, anda tidak lupa untuk memberi bedak bayi pada sekujur tubuh bayi anda. Bedak bayi memang baunya harum dan boleh membuat kulit si kecil jadi terasa lebih halus.
Itulah mengapa kebiasaan memberikan bedak pada bayi atau anak kecil sudah menjadi tradisi yang diwariskan secara turun temurun. Namun, akhir-akhir ini muncul kebimbangan mengenai bahaya bedak bayi. Risiko yang mungkin ditimbulkan pun cukup serius, mulai dari masalah pernafasan sampai kanser. Untuk mengelakkan pelbagai risiko tersebut, baca terus penjelasan lengkapnya di bawah ini.
Adakah bayi sebenarnya memerlukan bedak bayi?
Umumnya bedak bayi banyak digunakan oleh ibu bapa untuk menjaga kawasan punggung bayi tetap kering dan harum. Hal ini dilakukan untuk mencegah ruam lampin. Selain itu, bedak bayi juga biasanya digunakan selepas si kecil dimandikan supaya tetap segar dan harum.
Walau bagaimanapun, bayi anda ternyata tidak memerlukan bedak. Kulit si kecil yang masih halus dan lembut justru sebaiknya dibiarkan dalam keadaan semula jadi mereka sahaja, tanpa diberi pewangi dari bahan-bahan kimia/ tak dikenali yang berisiko bagi kesihatan bayi.
Doktor pakar kanak-kanak dan badan kesihatan di seluruh dunia seperti American Academy of Pediatrics juga sebenarnya tidak menyarankan penggunaan bedak bayi, khususnya pada bayi yang baru lahir. Ini kerana bahaya bedak bayi lebih besar dari manfaatnya!
Bahaya bedak bayi untuk buah hati anda
Anda mungkin belum pernah mendengar saranan dari doktor untuk memberikan bedak bayi pada si kecil. Akan tetapi, penggunaan bedak bayi sangat popular. Ini kerana sejak dulu bedak bayi diiklankan secara agresif oleh para pengeluar bedak. Oleh kerana sering melihat iklan tersebut, orang-orang termasuk saya juga merasa bahawa menggunakan bedak bayi adalah hal yang wajar, bahkan menjadi satu kemestian. Jika anda sering menggunakan bedak bayi untuk si buah hati, baca dulu beberapa risikonya berikut ini untuk pertimbangan.
Masalah pernafasan
- Bedak bayi terdiri daripada zarah-zarah sangat halus yang mudah merebak dan di bawa udara. Zarah tersebut boleh dihidu oleh bayi anda. Kerana paru-paru dan sistem pernafasan bayi belum sekuat orang dewasa, zarah yang dihidu lebih berisiko menimbulkan masalah pernafasan, terutama jika sudah terlalu banyak zarah yang mengendap dalam sistem pernafasan buah hati anda.
Kulit kering dan keradangan kulit
- Meski banyak ibu bapa menggunakan bedak bayi untuk melindungi kulit daripada keradangan, ruam lampin, dan keringat berlebih, bedak justru dapat mencetuskan lagi masalah-masalah tersebut. Kulit bayi masih sangat sensitif sehingga bahan-bahan kimia dalam bedak seperti talkum dan pewangi berisiko menyebabkan keradangan kulit. Selain itu, bedak bayi akan menyerap kelembapan semulajadi kulit bayi sehingga kulit si kecil boleh terasa kering dan gatal. Hati-hati juga ketika menggunakan bedak bayi untuk merawat ruam lampin.
- Mungkin anda pernah dengar soal bahaya bedak bayi yang dibuat dari talkum. Bedak dari talkum mengandungi bahan-bahan kimia seperti silikon dan asbestos yang bersifat karsinogen (menyebabkan kanser). Menurut American Cancer Society, bedak dari talkum boleh meningkatkan risiko kanser ovari dan kanser paru pada orang dewasa. Pada masa ini memang belum diketahui kes kanser pada bayi kerana penggunaan bedak, namun sebaiknya anda tetap berwaspada terhadap penggunaannya.
Pneumonia
- Bedak dapat menyebabkan pneumonia pada bayi. Menurut Engram (1998) pneumonia adalah proses inflamasi pada paru-paru. Pneumonia terjadi karena adanya benda asing yang mengganggu paru-paru bayi. Pemberian bedak tabur pada bayi sedikit banyak pasti membuat serbuk dalam bedak tabur tersebut terhirup oleh bayi. Dan jika bayi terlalu sering menghirup bedak tabur ini, maka serbuk yang terhirup akan tertimbun pada paru-paru sehingga menyebabkan pneumonia pada bayi.
Be First to Post Comment !
Catat Ulasan